02 Ogos 2010

HARI KELUARGA JPPH NEGERI SELANGOR 2010

JPPH Negeri Selangor telah menganjurkan Hari Keluarga JPPH Selangor 2010 bersempena Majlis Penutup Sambutan Hari JPPH Peringkat Negeri Selangor pada 24-25 Julai 2010 di Eagle Ranch Resort, Port Dickson. Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti sukaneka, acara padang, persembahan bakat dan banyak lagi. Program ini disertai oleh hampir 450 orang peserta terdiri daripada kakitangan dan ahli keluarga JPPH Selangor, Shah Alam, Gombak, Bangi dan Klang. Ia merupakan acara yang julung kali diadakan bagi menghimpunkan semua cawangan di bawah bumbung JPPH Negeri Selangor. Diharap acara seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.























29 Jun 2010

BINTANG KARAOKE JPPH SELANGOR 2010


Sempena dengan program Hari Keluarga JPPH Negeri Selangor yang akan berlangsung pada 24-25 Julai ini, satu pertandingan Bintang Karaoke JPPH Selangor akan diadakan. Untuk yang berminat menyertai pertandingan ini, anda boleh mendapatkan borang penyertaan di sini:

Borang Penyertaan (download)

KEJOHANAN OLAHRAGA LEMBAH KLANG 2010

Pada 26 Jun lalu, KESUPEN Pusat telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Lembah Klang 2010. JPPH Negeri Selangor tidak ketinggalan menghantar kontinjen untuk menyertai acara-acara yang dipertandingkan. Sebanyak empat kontinjen yang menyertai kejohanan ini iaitu JPPH Selangor, JPPH WPKL, JPPH Ibu Pejabat dan INSPEN. Secara keseluruhannya, JPPH Negeri Selangor berada pada kedudukan kedua manakala johan keseluruhan jatuh kepada INSPEN. Namun begitu, kejohanan ini memberi peluang untuk mencungkil bakat-bakat terpendam dalam sukan olahraga di kalangan warga JPPH Negeri Selangor.
Sebahagian daripada Kontinjen JPPH Negeri Selangor

Kontinjen-kontinjen yang bertanding

Ucapan Ketua Pengarah Penilaian

Bacaan ikrar oleh Raja Lokman Hakim

Sessi suai kenal bersama KPP


Acara tarik tali

Aksi peserta acara lontar lembing

Lompat tinggi

Lompat jauh

Lontar peluru


Acara trek


Penyampaian hadiah

Johan keseluruhan, INSPEN bergambar kenangan

02 Jun 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI JPPH

1 Jun adalah merupakan tarikh keramat bagi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Ia merupakan tarikh penubuhan jabatan ini. JPPH Selangor turut tidak ketinggalan memeriahkan sambutan Hari JPPH ini. Pada hari ini (2 Jun), pelbagai aktiviti diadakan. Antaranya Perhimpunan Pagi bersama Pengarah Penilaian Negeri, Taklimat Insurans CEUPACS, Ceramah Zakat Harta dan Taklimat Insurans MAA Takaful.

12 Mei 2010

KEJOHANAN GOLF JPPH NEGERI SELANGOR 2010

Pada 8 Mei 2010 yang lalu, JPPH Negeri Selangor dengan kerjasama KESUPEN Shah Alam telah menganjurkan Kejohanan Golf JPPH Negeri Selangor 2010. Kejohanan kali ini disertai oleh 59 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Kejohanan ini turut disertai oleh Tn. Hj. Abd. Hamid b. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan Tn. Hj. Nordin b. Daharom, Pengarah Penilaian Negeri Selangor. Aktiviti seperti ini dapat merapatkan lagi silaturrahim di antara JPPH dengan agensi-agensi berkaitan.












Untuk download gambar keseluruhan, sila KLIK SINI.

Untuk melihat keseluruhan gambar, sila KLIK SINI.

27 April 2010

AKAN DATANG: HARI KELUARGA JPPH SELANGOR 2010

Program Hari Keluarga JPPH Selangor dijangka akan diadakan pada 24-25 Julai 2010 ini di Eagle Ranch Resort, Port Dickson. Program ini melibatkan keempat-empat cawangan JPPH Selangor. Semoga aktiviti ini akan dapat mengeratkan lagi silaturrahim kakitangan JPPH Selangor. Sebarang pertanyaan, sila berurusan dengan wakil-wakil KESUPEN cawangan yang telah dilantik.

Berikut disertakan gambar di sekitar Eagle Ranch Resort semasa lawatan tapak dijalankan: