27 April 2010

AKAN DATANG: HARI KELUARGA JPPH SELANGOR 2010

Program Hari Keluarga JPPH Selangor dijangka akan diadakan pada 24-25 Julai 2010 ini di Eagle Ranch Resort, Port Dickson. Program ini melibatkan keempat-empat cawangan JPPH Selangor. Semoga aktiviti ini akan dapat mengeratkan lagi silaturrahim kakitangan JPPH Selangor. Sebarang pertanyaan, sila berurusan dengan wakil-wakil KESUPEN cawangan yang telah dilantik.

Berikut disertakan gambar di sekitar Eagle Ranch Resort semasa lawatan tapak dijalankan:



01 April 2010

SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH

JPPH Negeri Selangor mengucapkan selamat datang kepada semua kakitangan baru serta kakitangan yang bertukar ke jabatan ini. Semoga tuan/puan dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada JPPH Negeri Selangor ini.



1. En. Fariq Anwar Abdul Rahman
(Bertukar dari JPPH Shah Alam ke JPPH Klang bermula 15 Mac 2010)


2. Pn. Elizabeth binti Ceylon
(Bertukar dari JPPH Shah Alam ke JPPH Klang bermula 15 Mac 2010)



3. Pn. Noor Hashimah Binti Othaman
(Lapor diri sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 di JPPH Shah Alam pada 17 Mac 2010)



4. Pn. Zaiton binti Ismail
(Timbalan Pengarah Pengurusan Gred W48 dari INSPEN ditukarkan ke JPPH Bangi sebagai Penilai Daerah bermula 1 April 2010)


JPPH Selangor juga mengucapkan jutaan terima kasih, tahniah dan selamat maju jaya kepada Pn. Rasidah bt Isnin, Penilai Daerah Bangi yang ditukarkan ke JPPH Negeri Sembilan sebagai Pengarah Penilaian Negeri W52.


PERHIMPUNAN PAGI BERSAMA PPN


Perhimpunan Pagi Bersama PPN Negeri Selangor telah diadakan pada hari ini. Majlis ini turut dihadiri oleh semua Penilai Daerah dan Pegawai-pegawai Penilaian dari semua cawangan Negeri Selangor. Dalam ucapannya, PPN meminta supaya kakitangan JPPH Negeri Selangor mematuhi peraturan berpakaian yang telah ditetapkan oleh jabatan dan kerajaan. Selain daripada itu, beliau meminta agar semua kakitangan bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik selaras dengan hasrat kerajaan iaitu "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Beliau memaklumkan bahawa semua kakitangan perlu bersedia untuk memenuhi kehendak kerajaan termasuk kerajaan negeri dan pelanggan yang sentiasa memberikan cabaran kepada jabatan. Beliau juga turut mengucapkan tahniah di atas peningkatan prestasi NAPIC bagi maksud 'data entry' yang dilihat meningkat dengan mendadak pada bulan ini.