02 Ogos 2010

HARI KELUARGA JPPH NEGERI SELANGOR 2010

JPPH Negeri Selangor telah menganjurkan Hari Keluarga JPPH Selangor 2010 bersempena Majlis Penutup Sambutan Hari JPPH Peringkat Negeri Selangor pada 24-25 Julai 2010 di Eagle Ranch Resort, Port Dickson. Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti sukaneka, acara padang, persembahan bakat dan banyak lagi. Program ini disertai oleh hampir 450 orang peserta terdiri daripada kakitangan dan ahli keluarga JPPH Selangor, Shah Alam, Gombak, Bangi dan Klang. Ia merupakan acara yang julung kali diadakan bagi menghimpunkan semua cawangan di bawah bumbung JPPH Negeri Selangor. Diharap acara seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.